Friday, January 15, 2010

heart to heart

ramai yang kata dalam sesuatu perhubungan itu tak kira la hubungan antara rakan, guru, ibu bapa , majikan even orang yang kita tak kenal malahan dengan orang yang kita sayang ada satu benda yang paling penting yang harus kita semua titik beratkan iaitu komunikasi..
komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan yang terjalin, malah melalui komunikasi yang berkesan mampu membuatkan hidup seseorang itu terhindar dari perasaan curiga dan salah faham....

ya...aku satuju dengan benda ni...
komunikasi memang amat penting...
xkisah la secara lisan mahupun perbuatan.. komunikasi amat amat lah penting...
melaluinya juga masalah seperti kurang memahami, kurang mengenali, salah faham, hasad dengki, mahupun curiga pasti takkan wujud dalam sesebuah hubungan...
tapi sejauh mana kita dapat berkomunikasi dengan baik...ni adalah salah satu kelemahan aku...
aku payah nak meluahkan perasaan yang aku alami atau rasai dengan seseorang itu..
apa yang aku akan buat hanyalah berdiam diri dan memendam perasaan ku ini....

aku akan pendam segala ketidak puasan hati ku in terhadap seseorang...aku masih belum mampu untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini...
mungkin sebab ini lah yang membuatkan orang sukar untuk memahami diri ku ini....

mungkin ramai yang anggap aku sorang yang dingin, aku tak pandai berkawan, aku tak layak disayangi dan menyayangi.....

tapi aku jua insan biasa
yang ingin dimanjai...
yang ingin di kasihi...
yang ingin dicintai...
yang ingin rasa selamat...
yang inginkan perhatian...
yang ingin merasakan bahawa aku penting dalam hidup mereka...
yang ingin merasakan aku jua mampu memiliki kebahagiaan seperti insan yang lain...

tapi...tanpa komunikasi yang baik...
tak mungkin mereka tahu apa yang aku inginkan....
tak mungkin orang lain dapat memahami aku dengan lebih dekat...

walaubagaimanapun....

akan ku cuba mengatasi kelemahan ku ini....
kerna ku sedar ramai yang telah 'tersalah faham' dengan apa yang cuba aku sampaikan...


Semoga hidup ini penuh dengan warni warni kehidupan...
WASSALAM......

....

kadang2 hidup ni lari jaoh dari yang kita rancang...
laen yang dirancang laen yang jadi...
teman....
apa erti teman...
setelah hati ini dilukai aku dah serik untuk menerima teman baru dalam hidup ku...
bagi ku cukuplah aku hanya berteman kan family tercinta...
ak xperlu yang laen...
tapi seperti apa yang aku katakan pada awal tadi...
hidup ni penuh dengan kejutan...benda yang kita rancang xjadi, benda yang x dirancang pulak yang terjadi...
aku cuba menerima apa yang telah ditakdirkan untuk ku..
bukan mudah untuk aku menyayangi seseorang...
sekali aku sayang payah untuk aku luputkan perasaan ini...
mungkin bagi sesetengah orang aku ni sombong...
tapi itu cuma defence aku dari terluka kembali...
tapi kini...
aku dalam usaha membuka pintu hati ku kembali...
tapi aku keliru...mula2 dia seperti bersungguh2...dan kadang2 dia seperti bermaen2 dgn ku...tika aku merasakan hati ku ini makin lembut, dia pula yang seolah2 tiada apa yangberlaku...mungkin aku terlalu berharap...tetapi.....siapa lah aku....
aku semakin takut untuk membuka jendela hati ku ini...

" Ya ALLAH...kiranya dia tercipta untukku, kau dekat kan lah dia dengan ku...namun
sekiranya sudah tertulis jodoh kami dengan yang lain, kau berikanlah kami petunjukmu semoga tiada yang terluka lagi...tiada yang berduka kembali...amin"

Saturday, January 9, 2010

PJJ

percintaan jarak jauh....
seronok atau derita....
apa yang penting dalam hubungan jarak jaoh (PJJ) ni....
1. kepercayaan
pasangan mestilah harus saling mempercayai, kurangkan rasa curious terhadap pasangan
anda. Orang pompuan memang suka berfikir advance. fikir yang bukan2. sebab2 ni lah yang menyebabkan kaum lelaki mudah bosan, yela kalau dah tiap2 hari dituduh curang padahal dia setia xmustahil benda yang lelaki tu x buat dia akan buatkan. lebih kurang camni la, daripada dituduh dengan kesalahan yang xdi buat, baik buat kesalahan tu and kalau dituduh pun x sakit hati sngt sebab mmg btol kan.
2. kesetiaan
haruslah setia pada pasangan. kalau tak boleh nak memenuhi perkara in memang patutlah kiranya awal2 lagi mengucapkan bye2 pd pasangan anda supaya dia x merana nanti.
3. kepelbagaian
cuba pelbagai kan warna dalam hubungan anda. elakkan daripada melakukan perkara yang rutin shaja, tambahkan aspek kejutan di dalamnya, ini akan mengelakkan daripada berlaku nya unsur kebosanan tahap petala kelapan. bila dah bosan tahap petala kelapan ni, probability untuk berlaku curang amatlah tinggi. so pelbagaikan warna dalam hubungan anda ya.
4. langkah terakhir ( sesuai untuk kaum lelaki)
ikatlah pasangan anda dengan ikatan yang sah, bukan untuk menjadikan nya hak anda tetapi sebagai tanda bahawa si dia sudah berpunya, juga mengingatkan si dia yang dia sudah dimiliki, malah mengingatkan anda juga bahawa anda telah mempunyai satu tanggungjawab yang besar so JANGAN LA MENGGATAL LAGI YERRR!!!!!!!!!!

pening....

pelik kan ngan perasaan ni...
lagi kita cuba elak, makin ia hampir....
bila kita menerima, makin menjauh pulak ia....
bagaimana kita nak menghadapi perasaan kita sendiri...
kadang-kadang kita sendiri tak mampu memahami perasaan sendiri, telah nak faham perasaan orang lain lagi...
kita nak orang faham kita tapi kita sendiri pun tak faham diri kita...
alangkah senang kiranya kita bertemu dengan
- someone yang mampu memahami diri kita kan?
- someone yang mampu menerima kita seadanya...
- someone yang mampu menyayangi kita sepenuh hati nya....
- someone yang mampu membimbing kita di dunia dan juga di akhirat...
- someone yang xpernah jemu dengan kita...
- someone yang xpernah rasa kita menyusahkan mereka...

kalau nak senarai kan ciri2 yang kita mahu tentu berjela2...
yang pasti nya... sebelum kita nak orang appreaciate kita, seharusnya kita appreaciate diri kita dulu...
pastikan,.....
- kita sayang dengan diri sendiri...sebelum nak orang sayang kita...
- terima seadanya siapa kita...sebelum mahu orang terima kita seadanya...
- jujur dengan diri sendiri....sebelum mahu orang lain jujur dengan kita...

apapun jodoh pertemuan di tangan Allah....
andai itu jodoh kita sejauh mana pun kita lari daripadanya pasti kita akan bersatu jua....
KUN FAYA KUN....