Friday, January 15, 2010

heart to heart

ramai yang kata dalam sesuatu perhubungan itu tak kira la hubungan antara rakan, guru, ibu bapa , majikan even orang yang kita tak kenal malahan dengan orang yang kita sayang ada satu benda yang paling penting yang harus kita semua titik beratkan iaitu komunikasi..
komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan yang terjalin, malah melalui komunikasi yang berkesan mampu membuatkan hidup seseorang itu terhindar dari perasaan curiga dan salah faham....

ya...aku satuju dengan benda ni...
komunikasi memang amat penting...
xkisah la secara lisan mahupun perbuatan.. komunikasi amat amat lah penting...
melaluinya juga masalah seperti kurang memahami, kurang mengenali, salah faham, hasad dengki, mahupun curiga pasti takkan wujud dalam sesebuah hubungan...
tapi sejauh mana kita dapat berkomunikasi dengan baik...ni adalah salah satu kelemahan aku...
aku payah nak meluahkan perasaan yang aku alami atau rasai dengan seseorang itu..
apa yang aku akan buat hanyalah berdiam diri dan memendam perasaan ku ini....

aku akan pendam segala ketidak puasan hati ku in terhadap seseorang...aku masih belum mampu untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini...
mungkin sebab ini lah yang membuatkan orang sukar untuk memahami diri ku ini....

mungkin ramai yang anggap aku sorang yang dingin, aku tak pandai berkawan, aku tak layak disayangi dan menyayangi.....

tapi aku jua insan biasa
yang ingin dimanjai...
yang ingin di kasihi...
yang ingin dicintai...
yang ingin rasa selamat...
yang inginkan perhatian...
yang ingin merasakan bahawa aku penting dalam hidup mereka...
yang ingin merasakan aku jua mampu memiliki kebahagiaan seperti insan yang lain...

tapi...tanpa komunikasi yang baik...
tak mungkin mereka tahu apa yang aku inginkan....
tak mungkin orang lain dapat memahami aku dengan lebih dekat...

walaubagaimanapun....

akan ku cuba mengatasi kelemahan ku ini....
kerna ku sedar ramai yang telah 'tersalah faham' dengan apa yang cuba aku sampaikan...


Semoga hidup ini penuh dengan warni warni kehidupan...
WASSALAM......

3 comments:

  1. harap yang comment mengerti yang tersurat and yang tersirat

    ReplyDelete
  2. yg surat ialah yg kite letak setem..
    yg tersirat ialah kite pos by hand..
    hua hua...
    kedek2 la odang...
    lembo patah la tanduk..

    ReplyDelete